Thursday, August 30, 2007

Tajuk penyelidikan kumpulan di Kota Tinggi...

Saya, Zaidi, Azzizi dan Aisyah merupakan satu kumpulan penyelidikan yang diberi nama Kumpulan Madinah. Kami dikehendaki memilih satu tajuk untuk dijadikan sebagai subjek penyelidikan yang berkaitan dengan kesan banjir di Kota Tinggi.

Pada mulanya, kami memilih tajuk kesan banjir terhadap bentuk muka bumi di Kota Tinggi. Tetapi pensyarah kami agak tidak bersetuju dengan tajuk tersebut. Beliau mengatakan yang tajuk tersebut agak sukar untuk dikaji.

Selepas ketua kumpulan kami iaitu Zaidi dan Kak Aisyah telah melakukan Pilot Work, mereka mencadangkan tajuk Peranan Governans dalam Menangani Masalah Banjir di Kota Tinggi. Setelah melakukan perbincangan sekali lagi, kami bersetuju dengan tajuk tersebut. Tambahan pula, pensyarah kami iaitu Prof. Hamzah juga bersetuju dengan tajuk tersebut.

Mengapa pilih tajuk tersebut? Ini adalah kerana, kami ingin menyelidik:

  1. Pihak governans yang terlibat dalam operasi banjir samaada pihak kerajaan mahupun pihak swasta.
  2. Tugas-tugas dan peranan pihak governans dalam operasi banjir.
  3. Masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak governans semasa menjalani operasi banjir.
  4. Kecekapan pihak governans dalam menjalani operasi banjir.
  5. Pandangan mangsa-mangsa banjir terhadap kecekapan pihak governans dalam menjalani operasi banjir.
  6. Masalah-masalah yang timbul dari pihak governans, mengikut pandangan mangsa-mangsa banjir.

Kami akan membuat dua set soalan kaji selidik yang berbeza iaitu satu untuk pihak governans dan satu lagi untuk mangsa-mangsa banjir. Kami ingin mengetahui adakah terdapat percanggahan pendapat dan fakta di antara dua pihak tersebut.

Wednesday, August 22, 2007

Serba sedikit mengenai Kota tinggi

Sebelum saya melawat Kota Tinggi, untuk melakukan penyelidikan, di sini saya membincangkan serba-sedikit mengenai Kota Tinggi, yang merangkumi sejarahnya dan corak iklim di Kota Tinggi.







      Sejarah

    • Kota tinggi merupakan sebuah tempat yang terletak di selatan pantai timur semenanjung, yang berkeluasan 3500 batu persegi.
    • Keadaan muka bumi di daerah tersebut adalah bertanah tinggi.
    • Mengikut sejarah, Sultan Mahmud memberi nama tempat ini sebagai kota tinggi kerana kedudukannya yang terletak lebih tinggi dari aras sungai.

    Fakta Iklim di Kota Tinggi (sebelum dan selepas banjir)

    • Sebelum banjir pada Disember 2006 dan Disember 2007, Johor terutamanya Kota Tinggi tidak mengalami bencana banjir.
    • Tekanan udara di Kota tinggi adalah tinggi, sebelum berlakunya banjir.
    • Kebiasaannya,hujan musim tengkujuh datang dari timur laut.Angin yang datang dari Laut Pasifik Barat, dari negara China dan Siberia turun ke timur laut iaitu ke kawasan bertekanan udara rendah. Kawasan-kawasan tersebut adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan.
    • Pada tahun 2006,tekanan udara rendah terletak di antara Singapura dan Johor. Maka angin yang membawa awan dan hujan sepatutnya ke timur laut beralih arah ke Kota Tinggi dan seluruh negeri Johor. Implikasinya, angin tersebut membawa kepada hujan berpanjangan selama 3 hari 3 malam.
    • Lazimnya, Kota tinggi mewakili negeri Johor menerima purata hujan 100mm sehari. Pada Januari 2007 iaitu pada permulaan hujan,puratanya adalah 400mm. Apabila hujan tersebut berterusan selama 3 malam berturut-turut, purata hujan hampir ke paras 700mm.