Thursday, August 30, 2007

Tajuk penyelidikan kumpulan di Kota Tinggi...

Saya, Zaidi, Azzizi dan Aisyah merupakan satu kumpulan penyelidikan yang diberi nama Kumpulan Madinah. Kami dikehendaki memilih satu tajuk untuk dijadikan sebagai subjek penyelidikan yang berkaitan dengan kesan banjir di Kota Tinggi.

Pada mulanya, kami memilih tajuk kesan banjir terhadap bentuk muka bumi di Kota Tinggi. Tetapi pensyarah kami agak tidak bersetuju dengan tajuk tersebut. Beliau mengatakan yang tajuk tersebut agak sukar untuk dikaji.

Selepas ketua kumpulan kami iaitu Zaidi dan Kak Aisyah telah melakukan Pilot Work, mereka mencadangkan tajuk Peranan Governans dalam Menangani Masalah Banjir di Kota Tinggi. Setelah melakukan perbincangan sekali lagi, kami bersetuju dengan tajuk tersebut. Tambahan pula, pensyarah kami iaitu Prof. Hamzah juga bersetuju dengan tajuk tersebut.

Mengapa pilih tajuk tersebut? Ini adalah kerana, kami ingin menyelidik:

  1. Pihak governans yang terlibat dalam operasi banjir samaada pihak kerajaan mahupun pihak swasta.
  2. Tugas-tugas dan peranan pihak governans dalam operasi banjir.
  3. Masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak governans semasa menjalani operasi banjir.
  4. Kecekapan pihak governans dalam menjalani operasi banjir.
  5. Pandangan mangsa-mangsa banjir terhadap kecekapan pihak governans dalam menjalani operasi banjir.
  6. Masalah-masalah yang timbul dari pihak governans, mengikut pandangan mangsa-mangsa banjir.

Kami akan membuat dua set soalan kaji selidik yang berbeza iaitu satu untuk pihak governans dan satu lagi untuk mangsa-mangsa banjir. Kami ingin mengetahui adakah terdapat percanggahan pendapat dan fakta di antara dua pihak tersebut.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.