Saturday, September 22, 2007

31 0gos 2007: Penyelidikan di Kota Tinggi..

31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana pada tarikh tersebut kita mendapat kemerdekaan. Tetapi pada 31 ogos 2007, aku berada di Kota Tinggi untuk melakukan penyelidikan yang bertajuk Peranan Governans dalam Menangani Masalah Banjir di Kota Tinggi. Aku berada di sana selama 3 hari 2 malam.



Untuk mengetahui penyelidikan saya secara terperinci, masuk ke halaman Penyelidikan Kumpulan di Kota Tinggi yang terletak pada kandungan, di ruang sebelah atas. Di situ, terdapat diari di Kota Tinggi, soalan kaji selidik, data dan juga analisis data penyelidikan..
Di situ saya menerangkan secara terperinci dan sepenuhnya tentang penyelidikan kumpulan saya...

Sunday, September 9, 2007

Pengumuman: Pembaharuan Pada Blog!

Perhatian!
Kepada pengunjung-pengunjung blog yang dihormati,

Di sini saya ingin menyatakan yang saya telah melakukan pembaharuan pada blog saya.
Saya telah melakukan beberapa 'link', yang anda boleh lihat pada KANDUNGAN, yang berada pada sebelah atas kanan blog saya. Blog saya dapat diperkemaskan dengan mengunakan 'link' tersebut.

'Link' tersebut telah disarankan oleh pensyarah saya supaya blog menjadi kemas dan senang dikendalikan. 'link' tersebut adalah untuk anda memasuki ke blog lain dan ingin mempunyai maklumat yang berbeza.

Jika ingin mengetahui Penyelidikan saya bersama kumpulan saya di Kota Tinggi, klik pada PENYELIDIKAN KUMPULAN DI KOTA TINGGI
dan akhir sekali jika ingin mengetahui ulasan saya mengenai isu terkini dan kotemperari, klik pada ISU, FAKTA, ARTIKEL &LLN YANG BERKAITAN DENGAN URBANISASI DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR..

Diharap, pengunjung-pengunjung blog saya berpuashati dengan pembaharuan yang saya lakukan pada blog saya..

Thursday, August 30, 2007

Tajuk penyelidikan kumpulan di Kota Tinggi...

Saya, Zaidi, Azzizi dan Aisyah merupakan satu kumpulan penyelidikan yang diberi nama Kumpulan Madinah. Kami dikehendaki memilih satu tajuk untuk dijadikan sebagai subjek penyelidikan yang berkaitan dengan kesan banjir di Kota Tinggi.

Pada mulanya, kami memilih tajuk kesan banjir terhadap bentuk muka bumi di Kota Tinggi. Tetapi pensyarah kami agak tidak bersetuju dengan tajuk tersebut. Beliau mengatakan yang tajuk tersebut agak sukar untuk dikaji.

Selepas ketua kumpulan kami iaitu Zaidi dan Kak Aisyah telah melakukan Pilot Work, mereka mencadangkan tajuk Peranan Governans dalam Menangani Masalah Banjir di Kota Tinggi. Setelah melakukan perbincangan sekali lagi, kami bersetuju dengan tajuk tersebut. Tambahan pula, pensyarah kami iaitu Prof. Hamzah juga bersetuju dengan tajuk tersebut.

Mengapa pilih tajuk tersebut? Ini adalah kerana, kami ingin menyelidik:

  1. Pihak governans yang terlibat dalam operasi banjir samaada pihak kerajaan mahupun pihak swasta.
  2. Tugas-tugas dan peranan pihak governans dalam operasi banjir.
  3. Masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak governans semasa menjalani operasi banjir.
  4. Kecekapan pihak governans dalam menjalani operasi banjir.
  5. Pandangan mangsa-mangsa banjir terhadap kecekapan pihak governans dalam menjalani operasi banjir.
  6. Masalah-masalah yang timbul dari pihak governans, mengikut pandangan mangsa-mangsa banjir.

Kami akan membuat dua set soalan kaji selidik yang berbeza iaitu satu untuk pihak governans dan satu lagi untuk mangsa-mangsa banjir. Kami ingin mengetahui adakah terdapat percanggahan pendapat dan fakta di antara dua pihak tersebut.

Wednesday, August 22, 2007

Serba sedikit mengenai Kota tinggi

Sebelum saya melawat Kota Tinggi, untuk melakukan penyelidikan, di sini saya membincangkan serba-sedikit mengenai Kota Tinggi, yang merangkumi sejarahnya dan corak iklim di Kota Tinggi.







      Sejarah

    • Kota tinggi merupakan sebuah tempat yang terletak di selatan pantai timur semenanjung, yang berkeluasan 3500 batu persegi.
    • Keadaan muka bumi di daerah tersebut adalah bertanah tinggi.
    • Mengikut sejarah, Sultan Mahmud memberi nama tempat ini sebagai kota tinggi kerana kedudukannya yang terletak lebih tinggi dari aras sungai.

    Fakta Iklim di Kota Tinggi (sebelum dan selepas banjir)

    • Sebelum banjir pada Disember 2006 dan Disember 2007, Johor terutamanya Kota Tinggi tidak mengalami bencana banjir.
    • Tekanan udara di Kota tinggi adalah tinggi, sebelum berlakunya banjir.
    • Kebiasaannya,hujan musim tengkujuh datang dari timur laut.Angin yang datang dari Laut Pasifik Barat, dari negara China dan Siberia turun ke timur laut iaitu ke kawasan bertekanan udara rendah. Kawasan-kawasan tersebut adalah Pahang, Terengganu dan Kelantan.
    • Pada tahun 2006,tekanan udara rendah terletak di antara Singapura dan Johor. Maka angin yang membawa awan dan hujan sepatutnya ke timur laut beralih arah ke Kota Tinggi dan seluruh negeri Johor. Implikasinya, angin tersebut membawa kepada hujan berpanjangan selama 3 hari 3 malam.
    • Lazimnya, Kota tinggi mewakili negeri Johor menerima purata hujan 100mm sehari. Pada Januari 2007 iaitu pada permulaan hujan,puratanya adalah 400mm. Apabila hujan tersebut berterusan selama 3 malam berturut-turut, purata hujan hampir ke paras 700mm.



    Thursday, July 26, 2007

    Peristiwa Banjir Besar Kota Tinggi




    Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah
    Kota Tinggi (HDKT).
    Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

    Sunday, July 22, 2007

    Kejutan bagi warga Johor pada Disember 2006

    Johor, negeri yang dikatakan mustahil,sangat mustahil untuk berlakunya banjir..Mengikut statistik, kebanyakannya hanya negeri pantai timur sahaja yang dilanda banjir...Tetapi pada bulan Disember 2006 hampir seluruh daerah di negeri Johor mengalami bencana banji....Sepatutnya Johor terlepas dengan bencana banjir kerana kedudukan Johor adalah sangat strategik...yang dpt melindungi negeri itu dari bencana alam tersebut..Tetapi kedudukan tersebut tidak lagi melindungi negeri Johor, malah berlakunya banjir yang teruk di negeri tersebut...berbeza pula di negeri pantai timur, bencana banjir tidak berlaku di negeri tersebut terutamanya di negeri Che Wan Kembang...Inilah dikatakan kuasa tuhan..waallahulam..